__________________________________________________
Pakcik Julaihi sedang menyiapkan satu buku buat tatapan peminat-peminat Malaysia seluruh dunia yang akan berada di pasaran menjelang akhir tahun ini – Insyallah. Untuk mengilhamkan kandungan buku pakcik, diterbitkan di sini bab-bab yang sudah disiapkan setakat ini. Kalau ada apa-apa maklumbalas sila emailkan ke julaihi.suut@gmail.com. Pandangan dan nasihat dari para pembaca amat dialu-alukan.
___________________________________________________
MALAYSI@ LUPA SEJARAH
http://knightadventure.blogspot.com/2009/07/sejarah-malaysia.html
Teguran Haji Julaihi Haji Suut

Mukadimah
Intipati
Malaysi@ Lupa Sejarah ditulis berdasarkan kefahaman penulis tentang sejarah penubuhan Malaysia 1963. Bahan-bahan yang dimuatkan di dalam buku ini adalah perolehan daripada sumber-sumber yang ada kredibiliti, antaranya transkrip “The Debate On The Malaysia Bill In The British Parliament 19th July 1963”, termasuk artikel-artikel yang sudah diterbitkan oleh penulis-penulis Malaysia di dalam Internet. Sumber-sumber rujukan, tulisan asal dalam Bahasa English, ada dimuatkan di bahagian akhir buku.
Malaysi@ Lupa Sejarah bukan hasil terjemahan walaupun kesemua tulisan asal diilhamkan dalam Bahasa English.
Malaysi@ Lupa Sejarah bukan satu hasil-selidik sejarah kerana penulis bukan pakar sejarah atau ahli politik. Buku ini cuba menceritakan semula apa-kata-mereka berkenaan sejarah Malaysia. Pendapat-pendapat mereka, dihimpunkan dan diberi satu cara persembahan baru oleh penulis di dalam buku ini. Pendekkata, supaya senang dibaca dan mudah difahami. Supaya seronok dihayati, cara penulisan karya dibuat dalam beberapa versi Bahasa Malaysia – Bahasa Baku, Bahasa Semenanjung dan Bahasa Sabah Sarawak – di mana-mana bahagian yang penulis rasakan sesuai.
Malaysi@ Lupa Sejarah adalah usaha penulis untuk memberitahu segenap lapisan masyarakat Malaysia, dari yang belum akil-baligh sehingga ke datuk-nenek, tentang sejarah penubuhan Malaysia semoga kurang kedaifan orang Malaysia, terutama sekali rakyat-rakyat warganegara penuh yang lahir dan membesar di Semenajung Tanah Melayu. Kedaifan pertama: bila Malaysia ditubuhkan?
Sasaran
Penulis tidak menulis buat bacaan veteran-veteran politik. Tidak juga untuk kupasan ahli-ahli sejarah dan kontinjen pegawai tadbir diplomatik kerana mereka-mereka ini sudah diberitahu sejarah Malaysia. Cuma kekadang mereka lupa mana ori mana baik-pulih.
Sasaran utama buku ini ialah rakyat biasa, lebih-lebih lagi generasi muda yang salah senikata lagu Negaraku atau silap urutan Lima Rukun Negara. Juga sasaran ialah generasi baru Sabah dan Sarawak yang tidak mengerti apa itu “20-Point Agreement”, walhal ianya ibarat The Ten Commandments buat orang-orang Malaysia Timur.
Lantaran itu, memandangkan variasi sasaran, pengolahan bahasa di dalam buku ini dipermudahkan supaya sejarah Malaysia jadi seronok dibaca.
Harapan
Antara objektif: semoga tiada lagi kata-kata dusta “Sabah dan Sarawak masuk Malaysia”; Malaya jangan lagi mengabaikan tanggungjawab sebagai rakan-kongsi dalam Persekutuan Malaysia; rakyat Malaysia sedari senario Sabah dan Sarawak Sebelum dan Selepas Merdeka.
Buku ini cenderung kepada pembelaan nasib Sabah dan Sarawak.* * * * * * * * * * * * * *

Surat buat Malaya
Malaya oh Malaya,
46 tahun sudah kita bersama. Pahit manis kita harungi bersama. Sehingga kini kita berjaya tempuhi segala cabaran. Tanah runtuh, jerebu, ekonomi meleset, kemelut politik, budaya rasuah, komunis, dan macam-macam lagi rintangan namun kita masih lagi saudara sehidup semati berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Silap, kita tidak berdiri sama tinggi. Kami urang masih kemajuan rendah; kamu urang sudah tinggi.
Seharusnya tidak begitu. Sepatutnya kita bekerjasama membela nasib kita. Begitu sumpah kita dahulu bila kita sama-sama menubuhkan Persekutuan Malaysia tanggal 16 bulan sembilan 1963. Seharusnya kita bersekutu. Kutumu kutuku jua.
Kita sudah sepakat. Masing-masing pihak mengemukakan syarat-syarat terlebih dahulu dan semua pihak sudah bersetuju dengan setiap syarat itu. Jangan ada di antara kita buat dalih atau alasan hari ini.
Andaikata Malaya sudah lupa, di sini kami sertakan Perjanjian 20-Perkara yang termeterai di antara kita 46 tahun dahulu… yang masih sah sehingga ke hari ini – seharusnya masih sah.
*20-Point Agreement
Point 1: Religion
While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo.
Point 2: Language
a. Malay should be the national language of the Federation
b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day
c. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.
Point 3: Constitution
Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.
Point 4: Head of Federation
The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation.
Point 5: Name of Federation
“Malaysia” but not “Melayu Raya”.
Point 6: Immigration
Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government.
The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.
Point 7: Right of Secession
There should be no right to secede from the Federation.
Point 8: Borneanisation
Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible.
Point 9: British Officers
Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo.
Point 10: Citizenship
The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:
a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence
b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”
c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen.
Point 11: Tariffs and Finance
North Borneo should retain control of its own finance, development and tariff, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.
Point 12: Special position of indigenous races
In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays’ formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo.
Point 13: State Government
a) the Prime Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council
b) There should be a proper Ministerial system in North Borneo.
Point 14: Transitional period
This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government.
Point 15: Education
The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control.
Point 16: Constitutional safeguards
No amendment modification or withdrawal of any special safeguard granted to North Borneo should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo.
The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state. (Note: The United Party, The Democratic Party and the Pasok Momogun Party considered that a three-fourth majority would be required in order to effect any amendment to the Federal and State Constitutions whereas the UNKO and USNO considered a two-thirds majority would be sufficient).
Point 17: Representation in Federal Parliament
This should take account not only of the population of North Borneo but also of its size and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore.
Point 18: Name of Head of State
Yang di-Pertua Negara.
Point 19: Name of State
Sabah/Sarawak.
Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.
The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo.
*http://en.wikipedia.org/wiki/20-point_agreement_(Sabah)#The_agreement
Malaysia Lupa
The 20-Point Agreement, atau The 20-Point Memorandum, adalah perjanjian di antara Negeri Sabah (dikenali ketika itu sebagai North Borneo) dan Kerajaan Persekutuan demi membolehkan penubuhan Negara Malaysia pada 16 September, 1963. Perjanjian yang serupa dimeterai di antara Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan, dengan sedikit perbezaan tertentu. Sabah memiliki 20-Point; Sarawak 18-Point.
Perjanjian tersebut ditulis dengan tujuan untuk memelihara kepentingan, hak-hak, dan kuasa autonomi rakyat Sabah bila nanti Sabah menyertai Persekutuan Malaysia bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Brunei. Kerajaan Brunei menarik diri di saat-saat akhir. Perjanjian yang sama juga memelihara kepentingan Kerajaan Sarawak dalam persekutuan 1963.
Malaysia Agreement mengilhamkan percantuman empat wilayah-wilayah di dalam satu persekutuan – Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, Sabah dan Sarawak menjadi hanya dua daripada 12 negeri-negeri dalam Malaysia. Di situ lah bermulanya rasa tidak puashati Malaysia Timur yang berlarutan sehingga ke hari ini.
Kelupaan Pertama
Apa Malaysia Agreement?
Simpulan-simpulan yang mengikat empat wilayah bergabung dalam Malaysia Agreement sebenarnya sudah terlerai seawal bermula Malaysia 1963. Singapura keluar Malaysia tahun 1965.
POINT 7: There should be no right to secede from the Federation. Tiada hak untuk keluar dari Persekutuan.
Seperti kata Tan Sri Simon Sipaun, tidak pasti adakah Singapura meninggalkan Malaysia atau Malaysia menyingkirkan Singapura. Apa yang jelas pada pendapat beliau ialah bilamana satu daripada pengasas-pengasas sesebuah negara persekutuan tidak lagi berada di dalam persekutuan itu maka sekaligus perjanjian-perjanjian berkenaan persekutuan itu jadi lupus.
Seharusnya lupus dan dikajisemula Malaysia Agreement, kerana antara sebab-sebab Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia ialah kerana Singapura ada dalam Malaysia. Tanpa Singapura, Malaya tidak akan menjemput Sabah dan Sarawak; dua negeri-negeri Malaysia Timur ini juga tidak akan berminat menyertai Malaya.
Donald Stephens, pemimpin United National Kadazan Organization (UNKO) Sabah, pernah mencadangkan, selepas kehilangan Singapura, Malaysia Agreement perlu dikajisemula tetapi suara beliau tidak diendahkan. Lebih buruk lagi, beliau dipinggirkan orang-orang Persekutuan.
Orang-orang Persekutuan boleh mencadangkan Malaysia Agreement dikajisemula hanya bila kepentingan-kepentingan Malaya ditambah. Sekurang-kurangnya itu yang kita boleh andaikan berikutan tindakan Datuk M. Kayveas tahun 2004.
* Kuala Lumpur: The Sabah and Sarawak governments have been urged to take steps to review the Malaysia Act, the 20-point agenda and other rules and conditions agreed upon when they became part of Malaysia in 1963.
The agreements should be re-looked to suit current needs, Deputy Minister in the Prime Minister's Department M. Kayveas said in the Dewan Negara Monday.
He said the two states needed to bring the matter before their state assemblies for amendment to forge closer relations between the people in Sabah, Sarawak and the peninsula.
"They should act like the European countries in the European Union which have relaxed various regulations, including the need for travel documents," he said in reply to Senator Yaakub Mohammad during question time.
He said till today, residents from the peninsula wanting to enter Sabah and Sarawak had to furnish "identification documents" such as identity cards or passports while those from Sabah and Sarawak did not have to do so when entering the peninsula.
Peninsula residents must also apply for work permits to work in Sabah and Sarawak but not vice versa, Kayveas said.
Kayveas' reply got the attention of Senator Datuk Abdul Karim Ghani who said that before changes were to be made to the agreements, the views of the people of the two states must be taken in account.
He also said there were laws and regulations which were discriminatory against Sabahans and Sarawakians, including the five per cent oil royalty paid to the Federal Government and the non-eligibility of their Heads of State to be appointed Yang di-Pertuan Agong.
In his reply, Kayveas said the Yang di-Pertuan Agong was appointed among the State rulers and the Heads of State of Melaka and Penang were also not eligible for appointment. – Bernama
* http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=64416
Berikutan cadangan Kayveas, pemimpin-pemimpin Sabah bangkit membantah. Mereka sependapat The 20-Point Agreement adalah bahagian penting dalam pembentukan Malaysia.
Tan Sri Joseph Kurup dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS): Apa-apa pembaharuan ke atas 20-Point Agreement mesti dibuat tanpa melepaskan hak-hak rakyat Sabah, tetapi sebaliknya memperbaiki hak-hak itu.
Wilfred Tangau dari United Pasok Momogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO): Kalau mahu 20-Point Agreement dikajisemula, buat sebagai satu pakej, ubah juga perkara-perkara lain dalam Agreement itu, termasuk konstitusi Persekutuan dan Negeri. Ada berani?
Richard Yong dari Sabah Progressive Party (SAPP): Tidak perlu dikajisemula 20-Point Agreement kalau hak-hak keistimewaan Sabah hendak digugurkan.
Liberal Democratic Party (LDP): 20-Point Agreement tidak boleh tawar-menawar.
Kepentingan Sabah dan Sarawak jangan dikompromi. Usaha-usaha untuk memperbaharui The 20-Point Agreement hanya boleh dipertimbangkan bila usaha itu menjurus kepada pembangunan sosial, ekonomi, politik dan pendidikkan di Sabah dan Sarawak. Orang-orang Malaysia Timur sedar ada beberapa aspek penting yang tidak termasuk dalam The 20-Point Agreement bila perjanjian itu mula-mula dibuat 46 tahun dahulu. Oleh itu, apa-apa bentuk pembaharuan ke atas The 20-Point Agreement mesti dibuat ke arah menyertakan aspek-aspek yang tertinggal.
Semangat The 20-Point Agreement mesti dikekalkan sehingga masanya pihak Sabah dan Sarawak sendiri merasakan ianya tidak lagi berfaedah dan tiada relevan. Setakat ini ia masih relevan. Begitu pendapat pemimpin-pemimpin Sabah.
Point 16: No amendment modification or withdrawal of any special safeguard granted to North Borneo should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo. Apa-apa hal berkenaan hak-hak Sabah dan Sarawak, Kerajaan Pusat kena minta pendapat Sabah dan Sarawak sebelum buat hal.
Kelupaan Kedua:
Malaysia Timur jangan diceroboh
Sebagai ringkasan: Datuk M Kaveas, timbalan menteri dalam Jabatan Perdana Menteri menggesa supaya The 20-Point Agreement dibuat rujukan semula, terutama sekali berkenaan isu-isu imigresen kerana peraturan yang sedia ada menyukarkan rakyat dari Malaysia Barat bergerak ke Malaysia Timur. Dia mahu peraturan itu dilonggarkan, sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara dalam Kesatuan Eropah.
Terlajak perahu boleh gostan, terlajak tandatangan kekal berzaman. Malaysia Agreement sudah termeterai. Kalau Donald Stevens tidak boleh mengubah Perjanjian itu demi faedah Sabah, M Kaveas juga tidak boleh mengubahnya demi keselesaan Malaya.
Segelintir orang mungkin mahu berkata, “Malaysia dibuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira negeri asalnya”.
Tapi kena ingat, Sabah dan Sarawak bukan bertaraf negeri. Sabah dan Sarawak adalah dua wilayah yang melengkapkan empat wilayah Malaysia sebermulanya Negara Malaysia tahun 1963. Selepas pengunduran Singapura, 70 peratus tanah di Malaysia berada di Sabah Sarawak bergabung.
Antara sebab The 20-Point Agreement dibuat oleh Sabah dan Sarawak semasa penubuhan Malaysia 1963 ialah untuk meredakan rasa was-was penduduk tempatan akan kemungkinan orang-orang Semenanjung Malaysia berhijrah beramai-ramai dan membanjiri Sabah dan Sarawak. Tindakan Kaveas mencadangkan kuasa imigresen Malaysia Timur dilucutkan adalah tidak perlu dan mencabar sentimen Sabah dan Sarawak.
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia 2004-2009, telah mengatakan peruntukan-peruntukan hak-hak keistimewaan yang terkandung dalam The 20-Point Agreement mesti dipelihara.
Kuasa imigresen Sabah dan Sarawak tidak menyekat kemasukkan rakyat Malaysia ke Malaysia Timur sekiranya mereka layak atau mempunyai sebab-sebab baik dia berada di Sabah atau Sarawak. Universiti-universiti di Malaysia Timur sentiasa menerima pelajar-pelajar dari Semenanjung Malaysia. Ahli-ahli perniagaan dan pelawat-pelawat yang sah boleh masuk ke Sabah atau Sarawak tanpa halangan. Jadi apa lagi agaknya yang Kayveas hendakkan?
Perlembagaan Persekutuan, sistem perundangan dan pentadbiran yang sedia ada memelihara keperluan-keperluan negara majmuk seperti Malaysia. Kita ada Undang-undang Tanah, Native Customary rights di Borneo dan Malay Reserve Land di Malaya. Di sesetengah negeri di Semenanjung Malaysia, rakyat-rakyat Malaysia dari tempat-tempat lain tidak berhak memiliki tanah dalam negeri itu. Di Sabah pula, selain daripada Native Titles, hak-milik tanah terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Jadi apa lagi agaknya yang Kayveas hendakkan?
Article 161E(4) of Federal Constitution: Sabah and Sarawak, by rights, can have whole exclusive control over immigration matter in respective regions. Malaysia Timur jaga sempadan dia sendiri.
Buat pengetahuan Kayveas dan mereka-mereka yang bersekutu dengan dia, lihat apa terjadi kepada Sabah bila kuasa imigresen dikompromi… demi kepentingan politik Malaya.
Sebelum tahun 1980-an, Sabah diduduki rakyat asal Sabah yang majoritinya orang bukan muslim. Selepas kemasukan beratus ribu pendatang asing dari Filipin dan Indonesia – kata Mat Intip mereka diberi kad pengenalan Malaysia dengan mudah oleh pihak berkuasa dari mana entah –, jumlah penduduk Sabah yang beragama Islam mengatasi penduduk Sabah bukan Islam. Statistik itu kekal sehingga ke hari ini.
Implikasi serta-merta, UMNO berkuasa di Sabah. Minta maaf bukan niat untuk sengaja mengkaitkan UMNO dengan pendatang asing tetapi hakikatnya UMNO memang kuasa asing di Sabah… dan secara logik dan matematiknya UMNO tidak akan bertapak di Sabah tanpa bantuan saudara-saudara asing. Minta maaf juga bukan niat untuk sengaja melibatkan Islam dengan nasib Sabah tetapi bila ada pihak menggunakan Islam sebagai senjata untuk kepentingan politik sendiri, pihak itu lah yang bertanggungjawab mencemarkan kemuliaan agama Islam.
Apa faedah-faedah ekonomi akibat imigresen Sabah dilonggarkan seperti yang diharap-harapkan sesetengah pihak di Malaysia sebelah matahari terbenam? Banyak. Itu ini. Banyak. Mungkin. Menurut kajian, 60 peratus Bumiputera Sabah hidup di bawah paras kemiskinan. Gini Coefficient Malaysia terletak dikedudukkan teratas dalam senarai Asia Tenggara ekoran kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah. Di Sabah, GDP per capita kurang daripada purata nasional.
Putrajaya akhirnya prihatin terhadap kes luarbiasa Sabah. Kerajaan Persekutuan merangka satu strategi tahun lepas – selepas impak maksima 8 Mac. Ada niat mahu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani kemasukkan pendatang asing ke Sabah. Cara lain ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau satu pasukan khas yang dilantik oleh Parlimen. Dato’ Seri Najib Abdul Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri sekarang Perdana Menteri, mengatakan kerajaan mahu membantras masalah pendatang asing Sabah secara besar-besaran.
Tabik. Tepuk tangan. Menyusul satu persoalan: mengapa baru sekarang hendak buat? Sudah lebih 10 tahun Sabah membuat aduan tentang pendatang asing dan setiap kali keluhan Sabah diabaikan. Parlimen Malaysia jadi sarang tebuan terjolok galah hanya selepas SAPP memberi usul Undi-Kurang-Percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Badawi.
10 tahun, beb, 10 tahun. Dalam tempoh satu dekad sempat beranak-pinak penduduk-penduduk Sabah yang mempunyai Kewarganegaraan-Kurang-Percaya. Sekarang hendak buang mereka, buang ke mana bayi-bayi asing kelahiran Malaysia itu?
Barangkali Malaysia baru dapat satu pengajaran dari kelalaian berzaman. Lantas Article 161E(4) of Federal Constitution mesti ditaati setekun-tekunnya mulai hari ini. Mencegah lebih baik dari merawat, kata orang-orang tua. Kuasa imigresen Sabah mesti segera dikembalikan. Pandang saja Sarawak. Masalah pendatang asing atau kuasa asing tidak berlaku diluar kawalan. Nasib baik Abang Abu berjaya ditumbangkan pada 1998.
Bagaimana hendak selesaikan masalah pendatang asing di Sabah? Cadangan Jeffrey Kitingan: tubuhkan satu pasukan penguatkuasa berintigriti tinggi yang terletak di bawah arahan terus Ketua Menteri Sabah. Dalam ertikata lain:
POINT 6: The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into Sabah for State Government purposes except on strictly security grounds. Mana-mana kerajaan bukan Kerajaan Sabah tidak berhak menentukan kemasukkan manusia ke Sabah.
Kelupaan Ketiga
Bahasa Malaysia
Mungkin tidak keterlaluan dikatakan suatu ketika dahulu pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak lebih fasih berbahasa English dibandingkan pelajar-pelajar dari Semenanjung Malaysia. Tetapi kerana Malaya terlalu taksub dengan semangat patriotik dan terbawa-bawa dengan sentimen nasionalisma tahap melampau, Borneo tumpang bersimpati dengan agenda Malaya. Anti-English kata Malaya pun anti-English kata Borneo. Maka berlangsunglah penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan seMalaysia. Dari situ bermula zaman kemelesatan minda Malaysia… bila saintis-saintis lotus, wordstar, macintosh dan microsoft tidak menulis manual dalam Bahasa Malaysia. Berpuluh-puluh tahun selepas Neil Armstrong menjejakkan kaki di bulan baru lah Malaysia berani menghantar seorang Sheikh ke angkasa – itu pun guna roket Rusia.
Kalau tahu begini kesudahan Bahasa Malaysia, tak nak Borneo berpisah dengan Bahasa English. Ada setuju?
POINT 2: English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time. Inggeris adalah bahasa resmi Malaysia Timur.
Pada tahun 1983, menteri pendidikkan Malaysia melancarkan fasa pertama program memperkasakan bahasa. Tahun 1987, 2006 – kalau tak silap ingatan –, dan beberapa lagi tahun antaranya, ada-ada saja perubahan dibuat ke atas BM. Kononnya hendak mencari satu identiti negara. Sehingga kini 46 tahun selepas kemerdekaan, BM itu sendiri belum mendapat satu identiti. Sekejap Bahasa Baku, sekejap Bahasa Malaysia, sekejap Bahasa Melayu, lepas tu balik semula ke Bahasa Malaysia. Entah berapa kali Dewan Bahasa dan Pustaka kena tukar kamus. Sepanjang tempoh itu saya menjadi hamba, aku, I, gua, aiman…
Belum perkasa lagi BM muncul pulak katanama-katanama dan istilah-istilah baru dari merata penjuru Tanah Melayu: mantan, kantoi, poyo, cun giler, skodeng, kongkek, tau tak per…
Tak boleh pulak nak kata istilah-istilah jalanan ini tidak akan diserapkan ke dalam aplikasi rasmi BM tak lama lagi. Perkataan bohsia dan along sudah diterbitkan banyak kali dalam suratkhabar-suratkhabar seluruh negara.
Bahasa filem jadi tak serasi dengan bahasa drama TV, bahasa cerpen tak serasi dengan bahasa komik, bahasa serawak ketawakan bahasa lepeh dan begitu juga sebaliknya. Jadi di mana identiti yang kita cari-cari itu?
Belum sebut lagi peperangan dua bahasa dalam kelas sains dan matematik yang sehingga kini masih belum mahu settle.
Bersambung...
Banyak lagi Kelupaan Malaysia yang akan diceritakan
Tetapi setakat ini buat terbitan dalam blog
Maklum sajalah, manusia-manusia blog tak suka baca panjang-panjang.
.























