Follow by Email

When was Malaysia formed?

Wednesday, August 31, 2011

Sarawak sudah kene

Today is 31st August 2011. People everywhere in this country are reveling in a festive mood because today marks the day when Malaysia, or rather Malaya, gained her independence from British Empire in 1957. Correction, not everybody is in happy mood. People in Sabah and Sarawak see this date as a big fail. We will tell you why. Before we listen to rants from Haji Julaihi Haji Suut, let's enjoy some cartoon... to get all readers in the right merdeka mood.



















PROLOGUE: This blog article is work of translation English-to-Bahasa Malaysia from two original sources: "How Sarawak Was Conned Into The Formation Of Malaysia" by Dr Ooi Keat Gin, and "How Sarawak was won" by blogger Sarawak Headhunter. By translation here it does not necessarily mean 'direct translation' word for word. Watch how Pakcik Julaihi wields his usual charm as he keeps the country on their toes.

Dr Ooi Keat Gin is author of Japanese Empire in the Tropics Vol 1 and 2 (Ohio University Press, 1998) and Rising Sun Over Borneo (Macmillan/St Martin’s Press, 1999). He is a lecturer in Universiti Sains Malaysia’s School of Humanities and a Fellow of the Royal Historical Society of Britain. Sarawak Headhunter is one of the best bloggers in Borneo Island; his blog articles have been republished in many websites across this country; he remains anonymous till these days but his thoughts and exclusive exposes can easily relate to Sarawak online community; his notoriety is a bane to some people in the BN government. Blogger Haji Julaihi Haji is the leader of the Four Horsemen. Called 'Borneo Four', we've been having war with Malaya since 2006. Today is another battle in which we win.

We have decided those informative articles are re-written in Bahasa Malaysia owing to the fact that 99% of the country's population do not understand English. Not 99%? Beg your pardon, we thought Malaysia has banned everything-English in Malaysia since 1957 so much so that the Malaysians today cannot read NASA's rocket manuals.









SARAWAK SUDAH KENE...              
http://knightadventure.blogspot.com/2011/08/sarawak-sudah-kene.html
Terjemahan Haji Julaihi Haji Suut









Dr Ooi Keat Gin menulis: "Mei 1983, saya tiba di lapangan terbang Kuching buat pertama kalinya. Setibanya di pintu pemeriksaan imigresen saya sebaliknya dikehendaki menunggu giliran di dalam barisan pelawat-pelawat dari luar negara. Di situ saya diminta untuk menunjukkan passport. Buku passport kemudiannya diperiksa oleh seorang pegawai imigresen, dan ditandakan 'Social Visit' -- juga berserta tarikh luput! Saya merasa seperti orang asing secara tiba-tiba walaupun saya sedia maklum Sarawak adalah sebahagian daripada negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. Perasaan asing saya segera terlupa apabila berjumpa dengan penduduk tempatan yang ternyata sangat peramah dan mesra, sekaligus melenyapkan tanda-tanya saya tentang prosedur imigresen Sarawak yang sebentar tadi menyebabkan saya merasa terkilan."

Perlu diketahui, imigresen Sarawak terletak di bawah kawalan Kerajaan Negeri Sarawak, bukan Kerajaan Persekutuan. Perkara ini sudah dipersetujui semenjak tahun 1963 lagi, bilamana Sarawak berserta dengan Sabah dan Singapura bergabung untuk membentuk Negara Malaysia dengan Semenanjung Tanah Melayu.

Kuasa mutlak Kerajaan Negeri ke atas imigresen adalah satu daripada syarat-syarat yang dimasukkan ke dalam perjanjian penubuhan Malaysia. Sarawak hanya bersetuju untuk menyertai penubuhan Malaysia selepas syarat-syarat ini dipersetujui oleh kesemua pihak-pihak yang terlibat.

Realiti semasa: Namun tidak ramai orang Malaysia sendiri yang tahu tentang kejadian bersejarah ini. Pendapat kebanyakkan orang adalah Sarawak hanyalah salah satu negeri-negeri yang masuk Malaysia. Sebenarnya Sarawak berserta Sabah, Singapura dan Malaya yang membentuk Malaysia.

Bukan kehendak Sarawak untuk membentuk Malaysia. Sarawak ditipu untuk membentuk Malaysia. Sarawak kononnya bersetuju untuk membentuk Malaysia. Kalau bukan kerana penipuan ini Sarawak sudah mendapat kemerdekaannya sendiri hari ini.

Harapan terakhir Sarawak ialah syarat-syarat perjanjian penubuhan Malaysia 1963. Malangnya syarat-syarat ini tidak dapat membendung campurtangan Malaya dalam pentadbiran kerajaan Sarawak sehingga akhirnya Sarawak tidak boleh menghalang Malaya dari mengawal sumber minyak dan gas asli yang terletak dalam sempadan Sarawak.

Orang-orang Malaya tidak peduli samada Sarawak akan kekal miskin dan tidak dibangunkan asalkan Malaya dapat apa yang mereka hajatkan. Dalam ertikata lain, kekayaan Sarawak adalah untuk membangunkan Malaya, dan bukan sebaliknya.

Kenyataannya ialah Malaya akan terus menganiaya Sarawak dalam bentuk ini kerana kegiatan mereka tidak dibendung oleh Taib Mahmud dan BN Sarawak. Sebaliknya Taib dan BN Sarawak adalah tali-barut Malaya.

Satu-satunya syarat yang masih tidak terusik oleh Malaya ialah kawalan mutlak ke atas imigresen yang masih terletak di dalam kawalan Kerajaan Negeri Sarawak. Bila diperhalusi, kawalan imigresen ini bagaimanapun tidak akan dapat menghalang usaha-usaha Malaya untuk mengeksploitasikan Sarawak. Sarawak mungkin mahu membantah tetapi bantahan ini boleh mengundang bahaya. Kerajaan Persekutuaan boleh mengistiharkan perintah darurat atau menggunakan pengaruhnya ke atas pihak-pihak yang relevan.

Persoalannya sekarang ialah sekiranya ini terjadi bolehkah Sarawak membebaskan dirinya dari jajahan Malaya.



Perjanjian Malaysia 

Pada 9 Julai, 1963, Temenggong Jugah anak Barieng, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, dan Ling Beng Siew, sebagai perwakilan dari Sarawak, menurunkan tandatangan masing-masing ke atas Perjanjian Malaysia atau Malaysia Agreement di London, England.

Ekoran itu Persekutuan Malaysia akhirnya terbentuk pada 16 September tahun sama melibatkan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai empat wilayah-wilayah yang bergabung.

Satu kemusykilan. Tiga perwakilan dari Sarawak -- Jugah, Abang Mustapha dan Ling --, adakah mereka layak mewakili Sarawak: Iban Jugah cumalah seorang buta huruf, tidak tahu membaca atau menulis. Dikatakan dia boleh menulis tandatangan hanya dengan meniru corak tatu atas lengan kiri beliau; Abang Mustapha mewakili Melayu Kuching, mudah dianggap sebagai tali-barut British oleh kebanyakkan orang Sarawak; Cina Ling adalah Cina Foochow kaya dari Sibu. Dia tidak akan rugi apa-apa, yang ada cuma keuntungan buat dia.

Kemusykilan lain -- Adakah mereka sedar apa yang mereka tandatangani?

Bermula dari detik bersejarah itu berlaku zaman kemelesetan Sarawak. Sarawak pernah dirajai oleh White Rajahs selama 100 tahun sehingga 1941, pernah ditawan Jepun selama tiga tahun lapan bulan, dan 17 tahun sebagai koloni British. Namun pengalaman berada di bawah telunjuk tiga kuasa asing ini tidak seburuk cabaran yang bakal dihadapi Sarawak dalam Konsep Malaysia 1963, sehingga kini.

Seawalnya bermula negara ini tidak ada konsep sebenar 'Malaysia". Fungsi sebenar Persekutuan Malaysia hanyalah supaya pengaruh Malaya dapat panjang tangan sehingga ke Sabah. Apabila mereka campurtangan di Sabah dan Sarawak, dengan bertopengkan kepentingan Kerajaan Persekutuan, pengaruh Malaya di kedua-dua negeri ini semakin kukuh.

Singapura membantah campurtangan Malaya. Balasan keengkaran mereka Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia empat-wilayah. Sebaliknya penyingkiran itu memberi rahmat kepada Singapura, seperti yang kita boleh lihat hari ini.

Berbanding dengan Singapura, Sabah dan Sarawak sebaliknya nekad untuk kekal dalam Persekutuan Malaysia tiga-wilayah. Balasan kesetiaan mereka pada Malaysia? Sabah dan Sarawak menjadi semakin miskin kerana mereka hanya dibenarkan menikmati 5 peratus kekayaan hasil semulajadi mereka sendiri. Peratusan yang lain diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Malaya atau bagi memperkayakan individu-individu tamak di Malaya.

UMNO adalah kuasa politik paling besar di Malaya. UMNO juga mengawal Kerajaan Persekutuan. Pengaruh UMNO yang hampir tidak terbatas dapat mendesak dengan mudah pengaruh dan keputusan mereka ke atas Sabah dan Sarawak sebagai dua negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. Syarat-syarat Perjanjian Malaysia semakin terabai. Akhirnya UMNO bertapak di Sabah awal tahun 90-an, sehingga ke hari ini.

Bagaimana UMNO menakluki Sabah? Dengan bantuan pendatang-pendatang asing. Mereka diberi kewarganegaraan Malaysia serta-merta oleh UMNO Malaya, dengan syarat pendatang asing ini mesti menyokong kuasa asing UMNO semasa pilihanraya umum di Sabah. Pengundi dari kalangan pendatang asing, berjumlah lebih separuh juta, dengan mudah mengatasi jumlah undi rakyat jati Sabah. Sabah kini milik UMNO.

Sarawak? UMNO tidak perlu 'menakluki' Sarawak selagi Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan BN Sarawak masih boleh mengawal penduduk Sarawak demi memenuhi kepentingan-kepentingan UMNO Malaya. Kawalan ini dilakukan dalam pelbagai cara: strategi pecah dan perintah, ugutan, paksaan, dan sogokkan wang.

Merenung kembali keputusan-keputusan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin Sarawak sepanjang proses pembentukkan Malaysia dari Mei 1961 sehingga September 1963, tidak dapat dinafikan Sarawak telah diperbodohkan oleh musang berbulu ayam dari tanah Malaya.



Muslihat Malaysia

Apa yang mengamit keinginan Sarawak sehingga mahu bersekutu dengan Malaya dalam Persekutuan Malaysia? Ianya lahir dari hujah bernas Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, juga Bapa Kemerdekaan. Beliau berkata, "Tidak dapat dielakkan lagi kita mesti pandang ke hadapan ke arah objektif ini dan mari kita memikirkan satu rancangan dimana lima wilayah dalam rantau ini boleh digabungkan dalam satu kerjasama politik dan ekonomi."

Usul ini sebenarnya bermula dari permintaan Singapura supaya Temasik dan Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam satu negara. Ketua Menteri Singapura di pertengahan 1950-an, David Marshall, beriya-iya mahu mencantumkan Singapura dan Malaya. Namun Tunku Abdul Rahman masih teragak-agak.

Pada tahun 1959 Lee Kuan Yew dari People's Action Party mengambil alih jawatan Ketua Menteri Singapura. Beliau juga memberi usul yang sama: Malaya dan Singapura perlu bergabung demi sebab-sebab politik dan ekonomi. Riaksi Tunku Abdul Rahman masih dingin.

Apabila pergerakan berhaluan kiri di Singapura menjadi ancaman besar buat Singapura dan Malaya, Tunku mula menunjukkan kesediaan untuk bergabung. Singapura boleh jatuh ke tangan pihak berhaluan kiri, dan memandangkan Singapura terletak bersebelahan dengan Semenanjung Tanah Melayu, Malaya akan terasa bahang Komunis.

Tetapi pada masa yang sama, Tunku dan UMNO berhadapan dengan satu lagi bahaya. Jumlah penduduk Cina di Singapura bila dicampurkan dengan jumlah penduduk Cina di Malaya akan mengatasi jumlah penduduk Melayu. Sekiranya Malaya dan Singapura bercantum sebagai sebuah negara, etnik Melayu bukan lagi bangsa majoriti di negara baru itu.

Di kacamata Malaya, bergabung dengan Singapura ada baik buruknya.

Bak kata pepatah ditelan mati emak diluah mati bapa. Melayu Malaya dalam dilema.

Di sini terletaknya peranan besar Sabah, Sarawak dan Brunei dalam idea Malaysia 1963. Penyelesaian masalah Malaya terletak di Borneo. Hampir 70 peratus dari 1.3 juta jumlah penduduk di Sabah, Sarawak dan Brunei terdiri daripada Melayu Muslim dan kaum pribumi. Jumlah ini bila dicampurkan dengan jumlah penduduk Melayu di Malaya akan mengatasi jumlah penduduk Cina.

Maka cara paling selamat buat Malaya untuk bergabung dengan Singapura ialah membawa masuk Sabah, Sarawak dan Brunei serentak ke dalam sebuah negara baru. Supaya Cina  tidak jadi bangsa majoriti. Bagaimanapun, faktor kaum ini tidak digembar-gemburkan pada ketika itu.

Matematik kaum sebegini, walaubagaimanapun, tertakluk pada andaian: "Sekiranya berlaku isu-isu perkauman melampau, masyarakat pribumi Borneo akan cenderung untuk berpihak kepada Melayu Malaya kerana Melayu dan pribumi Borneo berasal dari rumpun bangsa yang sama sedangkan bangsa Cina adalah bangsa asing." Itu pendapat Malaya; tidak pasti adakah Borneo juga berpendapat sedemikian.

Tetapi tidak penting apa pendapat Borneo, kerana Borneo yang kurang arif dari segi politik boleh dimanipulasikan atau dipaksa atau diugut supaya berpihak pada Malaya bila keadaan mendesak.



Borneo Federation

Apa pula riaksi Borneo terhadap idea Malaysia? Kerajaan British selepas perang dunia kedua sememangnya mahu mengakhiri zaman kolonisasi mereka di rantau ini, dan lagi baik kalau proses ini boleh berlangsung secara aman. Dalam ertikata lain England sudah bersedia memberi kemerdekaan kepada negara-negara koloninya.

Sebab itu apabila Tunku Abdul Rahman membuat usul koloni-koloni British, termasuk Sabah dan Sarawak, bergabung di dalam satu negara merdeka bernama Malaysia cadangan tersebut disambut dengan positif. Pada bulan Jun 1961 Sabah, Sarawak dan Brunei dipanggil untuk berunding di Singapura di hadapan Lord Selkirk, Pesuruhjaya Agung Britain bagi Asia Tenggara.

Gabenor Sarawak Sir Alexander Waddell, Gabenor Sabah Sir William Goode dan Pesuruhjaya Tinggi British di Brunei D.C White menghadiri mesyuarat tersebut. Borneo sudah maklum kehendak Kerajaan British untuk menarik diri dari wilayah-wilayah jajahan British. Berlandaskan kesedaran ini pemimpin-pemimpin British Borneo tidak membantah pembentukkan Malaysia.

Tetapi mereka turut mencadangkan satu lagi usul: Sabah, Sarawak dan Brunei bergabung terlebih dahulu dalam Borneo Federation sebelum bergabung dalam Malaysia.

Usul ini -- Borneo Federation -- dipertimbangkan secara serius oleh wakil-wakil dari Borneo. Walaupun Brunei masih ragu-ragu, pilihan seterusnya ialah supaya Sabah dan Sarawak bergabung terlebih dahulu dalam Borneo Federation.

Borneo Federation mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin tempatan Sarawak, umpamanya Datu Bandar Abang Haji Mustapha dan Temenggong Jugah anak Barieng. Oleh itu mereka terkejut bila Tunku Abdul Rahman mencadangkan percantuman Sabah, Sarawak dan Malaya sebaliknya. Sementara pemimpin-pemimpin tempatan Sarawak masih mempertimbangkan pelawaan Tunku Abdul Rahman, Ong Kee Hui, Pengerusi SUPP bangkit membantah sekeras-kerasnya idea Malaysia.

Ong, bersama dengan A.M Azahari, ketua Parti Rakyat Brunei, dan Donald A. Stephens dari Sabah, kemudiannya menubuhkan United Front bagi menentang idea Malaysia. United Front menegaskan "Usul penubuhan Malaysia tidak dapat diterima sama sekali oleh rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei."

SUPP di bawah teraju Ong juga mendapat sokongan dari SNAP. Diketuai oleh Iban Stephen Kalong Ningkan, SNAP menambah "Apa-apa usaha untuk meletakkan Sarawak di bawah pengaruh atau kawalan kuasa asing akan ditentang sekeras-kerasnya."



Kena sudah

Tunku Abdul Rahman tidak berputus asa. Beliau membuat beberapa kunjungan ke Sarawak antara Julai dan Ogos 1961. Di kesempatan-kesempatan itu Tunku menerangkan secara terperinci rancangan penubuhan Malaysia  Usaha Tunku membuahkan hasil. Suara-suara yang membantah idea Malaysia semakin berkurangan. Beliau juga menjemput pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak melawat Semenanjung Tanah Melayu untuk melihat sendiri keserasian Borneo dan Malaya.

Namun ini semua adalah satu sandiwara. Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak tidak mencurigai muslihat Malaya.

Pelawat-pelawat dari Borneo terpegun dengan kemajuan Kuala Lumpur. Mereka sangat tertarik dengan pencapaian Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam program-program pembangunan kawasan luar bandar. Sekembalinya mereka ke Borneo mereka yakin penubuhan Malaysia adalah satu idea yang sesuai buat Sabah dan Sarawak.

Melihat kesungguhan mereka, Gabenor Waddell pada bulan Julai 1961 menghantar pemimpin-pemimpin tempatan Sarawak untuk menghadiri Persidangan Commonwealth Parliamentary Association di Singapura untuk berbincang secara bersemuka dengan wakil-wakil dari Malaya dan Singapura berkenaan penubuhan Malaysia.

Sekilas pandang idea Malaysia, yang bermaksud perkongsian aspirasi politik dan ekonomi sesama negara-negara bekas jajahan British, boleh menguntungkan semua pihak. Tetapi Borneo terlalai satu perkara penting tentang Malaya.

Ekonomi Malaya ketika itu sudah mencapai satu tahap optimal dimana had ekonominya tidak akan berkembang lagi... selagi Malaya tidak menemui satu wilayah baru yang kaya dengan sumber ekonomi, yang boleh digunakan oleh Malaya untuk mengembangkan ekonomi Malaya.  Sabah dan Sarawak adalah talian hayat ekonomi Malaya yang sudah haus.



Petroleum

Sabah dan Sarawak sempat mengesyaki kepentingan Malaya dalam penubuhan Malaysia. Didorong oleh rasa was-was ini Borneo mengenakan syarat-syarat Perjanjian Malaysia sebelum Sabah dan Sarawak boleh bersetuju untuk bergabung dengan Malaya dan Singapura. Syarat-syarat ini boleh membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak sekiranya ada cubaan mahu mengeksploitasikan Borneo.

Tetapi Borneo terlupa satu perkara penting -- sumber Petroleum.

Kawalan ke atas hasil dan sumber petroleum oleh Sabah dan Sarawak seharusnya menjadi salah-satu syarat-syarat Perjanjian Malaysia. Malaya hanya berdiam diri tentang ini. Kerana mereka tahu di bawah peruntukan undang-undang antarabangsa sumber petroleum luar pantai adalah kepunyaan kerajaan persekutuan sesebuah negara.



Ledakan politik Sarawak

Kesedaran politik di Sarawak juga amat terasa pada ketika ini. Banyak parti-parti politik yang diwujudkan sejurus selepas Tunku Abdul Rahman mencadangkan idea Malaysia pada Mei 1961. Sebelum itu hanya terdapat dua parti di Sarawak: SUPP (ditubuhkan 1959) dan Parti Negara Sarawak PANAS (1960).

Sehingga Jun 1963, empat lagi parti ditubuhkan di Sarawak: SNAP (Jun 1961), Barjasa (Disember 1961), SCA (Julai 1962) dan Pesaka (Ogos 1962).

Kesemua parti-parti ini menyokong penubuhan Malaysia, kecuali SUPP.

SUPP mahukan kemerdekaan dicapai melalui Borneo Federation -- Sabah dan Sarawak -- terlebih dahulu sebelum bergabung dengan Malaya dan Singapura.

Maka bermulalah satu aktiviti berkempen yang pesat apabila parti-parti politik memasuki kawasan pendalaman. Masyarakat Melayu-Muslim di Kuching, termasuk Melanau Muslim di Sibu, secara amnya menyokong Malaysia. Melayu-Muslim di Miri, Limbang dan Lawas, termasuk masyarakat Kedayan, menentang penubuhan Malaysia. Mereka bersetuju dengan aspirasi Azahari dari Brunei dan Donald Stephens dari Sabah.

Masyarakat Iban menyokong Malaysia. Iban Stephen Kalong Ningkan dan rakan-rakan beliau yang berpelajaran dari Simanggang dan Saribas meletakkan syarat-syarat sebelum penubuhan Malaysia boleh dipertimbangkan.

Masyarakat Kayan dan Kenyah menentang penubuhan Malaysia, dengan alasan mereka tidak mahu Iban berkuasa di Sarawak. Iban adalah musuh tradisi Kayan dan Kenyah.

Cina SUPP dipengaruhi unsur-unsur berhaluan kiri. Mereka menganggap Malaysia hanyalah muslihat British untuk meneruskan pengaruh mereka di Asia Tenggara secara tidak langsung. Ahli-ahli SUPP dari kaum Melayu, Iban dan Bidayuh berpendapat sama.

Secara realitinya, penubuhan Malaysia adalah satu muslihat Persekutuan Tanah Melayu untuk menggantikan pengaruh British di rantau ini. Dalam ertikata lain, Malaysia hanyalah perintah British yang berwajah Malaya. Bak kata pepatah keluar mulut buaya masuk mulut naga.

Tetapi ini berlaku kerana majoriti masyarakat Sarawak, terutama sekali penduduk luar bandar, tidak memahami sebaik-baiknya cadangan negara Malaysia serta implikasinya. Memandangkan situasi begini telah berlaku semasa penubuhan Malaysia 1963, timbul persoalan adakah Sarawak menyertai Malaysia dengan keputusan majoriti yang ikhlas; dengan fikiran yang luas, dan waras.



British menghasut

Menjelang pertengahan 1961 Perdana Menteri British Harold MacMillan memberi restu ke atas cadangan penubuhan Malaysia. Cadangan untuk membuat Borneo Federation diketepikan.

Dalam bulan Januari 1962 satu kenyataan rasmi tentang posisi Kerajaan British berkenaan Malaysia telah dikeluarkan. Arahan juga diberi kepada pegawai daerah-pegawai daerah British yang berhubung langsung dengan masyarakat tempatan untuk memberi penekanan pada kebaikan-kebaikan Malaysia sebagai cara terbaik menangkis ancaman anasir-anasir komunis dan serangan dari Indonesia, kononnya. Dalam ertikata lain, pihak British memainkan peranan besar membentuk persepsi positif masyarakat tempatan terhadap cadangan pembentukkan Malaysia. Apa yang molek kata orang Inggeris molek juga kata orang Sarawak.

Satu suruhanjaya yang diketuai Lord Cobbold kemudiannya ditubuhkan untuk meninjau pandangan umum masyarakat tempatan Sabah dan Sarawak terhadap cadangan penubuhan Malaysia. Walaubagaimanapun, Suruhanjaya Cobbold tidak boleh dianggap sebagai satu badan berkecuali -- tiga daripada lima ahli panelnya, termasuk pengerusi suruhanjaya tersebut, adalah lantikan Kerajaan British manakala dua selebihnya adalah lantikkan Kerajaan Malaya.

Bila perkara ini diambilkira maka keputusan yang diperolehi oleh Suruhanjaya Cobbold boleh diragui kebenarannya.

Antara Februari 19 dan April 17, 1962, Suruhanjaya Cobbold mengadakan sesi temuramah di hadapan kamera, dibuat sedemikian supaya boleh kelihatan peserta-peserta memberi pandangan dengan terbuka. Suruhanjaya Cobbold juga meneliti sejumlah 1,600 surat-surat dan rakaman pengakuan bertulis diterima dari individu-individu, pertubuhan-pertubuhan atau parti-parti politik. Dalam satu sesi temuramah bersama Lord Cobbold, bila ditanya pandangan berkenaan cadangan penubuhan Malaysia, seorang peserta Iban menjawab, “Barang ko nuan, Tuan” (Mana-manalah yang Tuan rasakan baik).

Jawapan sebegini sudah cukup mencerminkan kekeliruan yang dialami kebanyakkan orang tempatan di Sarawak pada ketika itu. Puan Tra Zahndar, ahli Council Negri, pernah menyatakan bahawa kebanyakkan penduduk tempatan "tidak tahu banyak atau tidak tahu langsung tentang cadangan penubuhan Malaysia tetapi mereka memilih untuk menyokong cadangan itu tanpa usul periksa kerana mereka telah diberitahu bahawa Malaysia adalah baik untuk mereka." Molek kata orang Inggeris molek juga kata orang Sarawak.



Faktor Cobbold

Suruhanjaya Cobbold menerbitkan keputusan temuramah tersebut di dalam 'Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and Sarawak in August 1962.' Laporan itu ada menyebut "terdapat sebilangan besar kelompok masyarakat di pendalaman yang daif tentang cadangan penubuhan Malaysia."

Secara kesuluruhannya keputusan yang dicapai oleh Suruhanjaya Cobbold boleh diringkaskan seperti berikut:

"Satu pertiga daripada penduduk... menyokong tanpa syarat cadangan penubuhan Malaysia. Sepertiga yang lain menyokong cadangan penubuhan Malaysia tapi dengan syarat... Satu pertiga yang selebihnya terbahagi kepada dua kelompok: Satu pihak mahukan kemerdekaan sendiri terlebih dahulu sebelum menerima idea Malaysia  pihak yang satu lagi mahu British terus memerintah selama beberapa tahun lagi."

Dalam ertikata mudah, tidak ada referendum atau keputusan muktamad dalam hasil temuramah Suruhanjaya Cobbold. Sebenarnya langsung tidak ada referendum, dan perangkaan yang diperolehi adalah terlalu kasar untuk satu-satu keputusan boleh dibuat dari maklumat keputusan Suruhanjaya Cobbold.

Cobbold ada memberi kata-kata peringatan:

"Perlu diambilkira Malaysia adalah satu perikatan beberapa rakan-kongsi, bergabung di bawah satu kepentingan yang sama, untuk mengujudkan satu negara merdeka, tetapi masing-masing mengekalkan sifat-sifat individu mereka.

"Sekiranya terdapat cadangan untuk Persekutuan Tanah Melayu mengambil alih wilayah-wilayah di Borneo dan melenyapkan sifat-sifat individu Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak mungkin akan, dalam jangkaan saya, diterima secara amnya atau tidak akan berjaya."

Realiti hari ini: Malangnya perkara yang dikhuatiri boleh berlaku sudah pun berlaku dan sedang berlaku di Sabah dan Sarawak sekarang.

Satu jawatankuasa Inter-Governmental ditubuhkan, atas saranan Suruhanjaya Cobbold. Jawatankuasa ini lah yang bertanggungjawab memperhalusi butiran-butiran dalam perlembagaan Malaysia dimana syarat-syarat permintaan Sabah dan Sarawak digembelingkan ke dalam Perjanjian Malaysia. Jugah dan Mustapha memainkan peranan penting sebagai perwakilan Sarawak dalam usaha ini. Persoalan: Seorang Iban yang tiada pendidikan dan seorang Melayu yang bersubahat dengan British. Bagaimanakah mereka boleh dianggap layak berunding bagi pihak Sarawak?

Syarat-syarat penting dalam perjanjian tersebut termasuk: kebebasan beragama, status bahasa Inggeris, imigresen, tanah, perwakilan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, keistimewaan masyarakat pribumi, dan pengagihan geran-geran pembangunan.

Pilihanraya tempatan diadakan pada Jun 1963. Pilihanraya ini menjadi satu referendum yang menimbang kemasukkan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Sarawak Alliance, ditubuhkan pada Ogos 1962, merangkumi Panas, Barjasa, Pesaka, SCA, dan SNAP. Sarawak Alliance menyokong penubuhan Malaysia. Mereka menang dalam pilihanraya tersebut. SUPP yang anti-Malaysia tewas. Tetapi sokongan pengundi-pengundi yang bersimpati dengan perjuangan SUPP tidak boleh dipandang rendah.

Pilihanraya yang sama telah diadakan di Sabah pada Disember 1962.

Ekoran tekanan dari Negara Filipin dan Negara Indonesia, satu lagi penilaian dibuat ke atas pandangan orang awam berkenaan cadangan penubuhan Malaysia dan keputusan pilihanraya disemak semula. Kali ini United Nations Malaysia Mission yang diketuai Laurence Michelmore dipertanggungjawabkan untuk mengesahkan keputusan pilihanraya. Misi tersebut dijalankan bermula dari Ogos 16 sehingga ke September 5, 1963.

United Nations Malaysia Mission mengeluarkan satu laporan pada September 13, 1963, mengesahkan rakyat Sabah dan Sarawak menerima secara positif cadangan penubuhan Malaysia; bahawa mereka sedar perubahan status yang boleh berlaku sempena penubuhan Malaysia; bahawa kehendak mereka telah disampaikan melalui satu proses yang demokratik, yang dijalankan secara adil.

Kenyataan ini mengundang banyak kecurigaan. Samada dulu atau sekarang, tiada proses pilihanraya yang bebas dari pemalsuan dan amalan-amalan tidak beretika, lebih-lebih lagi di Malaysia, dulu dan sekarang. Sekiranya satu referendum dibuat hari ini, tanpa campurtangan pihak-pihak yang berkepentingan, majoriti orang SabahSarawak akan memilih untuk keluar dari Malaysia.

Pada 16 September, 1963, Sarawak bergabung dengan Sabah, Singapura dan Malaya untuk membentuk satu negara persekutuan bernama Malaysia. Maka bermulalah satu babak baru dalam sejarah Borneo. Babak yang mengisahkan penyerahan tugas daripada penjajah British kepada penjajah Malaya ke atas wilayah jajahannya SabahSarawak. Babak seterusnya -- SabahSarawak keluar Malaysia.

Merdeka!














Recommended reading in this blog:
1. Aprilfool Malaya
2. Sejarah Malaysia
3. Malaysia minus two
4. Tale of two Merdeka

Sumber:
1. http://sarawakheadhunter.blogspot.com/2008/10/how-sarawak-was-conned-into-formation.html


.

2 comments:

Anonymous said...

sejarah mmg 1 pengajaran, namun perlu dilihat impak tindakan kita adakah menyelamatkan atau memburukkan keadaan, aku panglima akhir zaman tidak suka kpd pecah belah, tunjukkan kebaikan pasti org akan menyokong...kenapa ambil gmbar berkuda lambang korang seolah2 knight temple...korang jangan nak buat kacau negara islam yg penduduknya boleh hidup bersatu, ambil kuasa dengan cara yg baik bukan dengan kebencian...siapa asal penduduk sarawak...org Melayu...lihat sejarah Iban, malanau dari mana, bgmnpn mereka rumpun melayu...matlamat dahulu adalah mewujudkan negara raya kerana memang milik org melayupun...british yg buat dasar pecah perintah...mengapi2kn penduduk datang dengan misi he2...lihat btl2 yang datang bukan tentera tapi pedagang, apa misi sebenar mereka anda pun tapi, tewas minta bantuan tentera...aku nenunggu sejarah berulang hapuskan penjajah yang ada

Anonymous said...

Terbaik Haji Julaihi... teruskan usaha anda...