There's a lot of stories about September 16. Today's highlight is about prospect of a civil war, between West Malaysia and East Malaysia. And about how, in the event of the West confronts the East with it's military might, the latter must respond by submitting a referendum to The World, hoping the World can come to Sabah and Sarawak's defense, which according to the two Borneo's states, is a long overdue solution.


SEPTEMBER 16 PART II
MISTERI DOUBLE SIX
Tahukah saudara-saudari terdapat satu kejadian aneh yang berlaku di Malaysia yang sehingga ke hari ini masih menjadi satu tanda tanya penduduk Sabah. Misteri yang menyelubungi kejadian ini adalah setebal kabus-kabus di puncak Gunung Kinabalu. Keanehan semakin terasa sejurus selepas Pesta Kaamatan bila bisikan-bisikan di kaki gunung menagih satu keadilan.
Misteri ini bermula 35 tahun yang lalu, pada enam haribulan enam tahun 1976. Enam pemimpin Negeri Sabah menaiki sebuah pesawat yang dijadualkan berlepas dari Labuan pada pukul enam petang. Kejadian itu hari ini digelar 'Tragedi Double 6', berikutan banyak angka enam yang terbabit.
Ianya satu tragedi kerana kapalterbang tersebut, yang sebaliknya bertolak lebih awal daripada jadual asal, kemudiannya terhempas di Sembulan, Sabah, membunuh kesemua enam orang pemimpin berserta lima yang lain. Enam enam enam. Nahas udara ini bukan nahas biasa.
Bukan sahaja punca nahas masih menjadi misteri sains penerbangan, yang lebih mencurigakan lagi ialah terdapat teori yang mendakwa satu konspirasi telah berlaku. Jika benar konspirasi ini menjadi faktor utama nahas berlaku maka bermaksud kemalangan tersebut telah disengajakan, supaya satu projek Malaysia tertangguh atau lagi baik terkubur bersama pesawat. Kata orang-orang lama, supaya Sabah tidak keluar dari Malaysia...
Bersambung di Sept 16 Part III
http://knightadventure.blogspot.com/2011/09/sept-16-part-iii.html
.












































0 comments:
Post a Comment